Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk dibicarakan. Apatah lagi kepada mereka yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit untuk dibincangkan oleh kakitangan perubatan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi keluarga untuk membuat keputusan mengenai pendermaan organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila orang itu meninggal dunia. Daftarlah diri sebagai pengikrar penderma organ bagi memudahkan pihak keluarga membuat keputusan setelah anda meninggal dunia kelak. Dengan berdaftar kepada Registri Penderma Organ Nasional, anda membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubah kehidupan ramai orang yang kegagalan organ dan tisu, menyelamatkan nyawa dan memberi mereka dan keluarga mereka harapan untuk hidup lebih sempurna.
thumbnail.jpg



Sehingga 31 Julai 2012   
Jumlah Pendermaan Organ Sebenar = 378  orang
Jumlah Pengikrar Pendermaan Organ 200, 796 orang

Tahun 2012 (Jan-Jul) 
Jumlah Pendermaan Organ Sebenar = 22 orang

Jumlah Pengikrar Pendermaan Organ

= 10, 920 orang